Saturday 16 March 2013

Menjejak Mentari



Kumira Murahan |  Tokina 11-16mm |  FL 12.0mm | f/16 | 20s | ISO 100

Kumira Murahan |  Tokina 11-16mm |  FL 12.0mm | f/16 | 30s | ISO 100

Gambaq ni abg long shot masa outing ke Pantai Tembeling, Kuantan pada tanggal 13 Mac 2013. Pergi bersama sobat abg long mastasifo Pok Rie dan Hafizs Abdullah. 

Masa tiba kat sini sobat2 yang berada kat Kuantan juga turut serta menembak sunset. Antaranya abam Asmadi Kasim, abam Cieman Cantona dan Saiful Nizam. Alhamdulillah, dapat juga abg long menyedut ilmu dari kalangan sobat2 yang berilmu. 

Moment pada hari ini kurang menjadi. Namun, tetap bersyukur pada Ilahi kerana ada juga la sekeping dua untuk dijadikan buah tangan untuk dibawa balik ke Kemaman. Dapat jumpa sobat2 di Kuantan pu dah satu rahmat. Boleh share ilmu berphotog. 

Masih lagi dalam proses belajar, dan tak akan jemu untuk belajar dan memperbaiki skill dalam bidang kumira ni. Dimana ada kemahuan dan kesungguhan, disitu ada jalan untuk menuju kejayaan.

Jadi kepada angpa semua, tak kira la apa jua hobi angpa. Buatlah dengan bersungguh-sungguh serta yakin diri. Lagi satu, yang paling penting angpa jangan malu untuk bertanya, jangan segan untuk mengali ilmu. In sha Allah, angpa juga mampu dan boleh jadi yang terbaik. 

"Kejayaan bukan hanya untuk orang yang pandai, tetapi.....ia adalah untuk orang yang berusaha."

Jazakallah.





Memberi dan menerima hanya kerana ALLAH SWT | Sila LIKE dan SHARE jika suka

No comments:

Post a Comment

D.R.P | Rahsia Jadi Jutawan